Friday, August 13, 2010

Ramadhan Tiba Lagi..

Sayup rasa hati bila ramadhan menjelma. Pelbagai kenangan dan memori menyambut ramadhan selalu menjengah membuat aku rasa sayu. Paling sayu, bila ingat ramadhan bersama mak dan keluarga. Betapa sedap masakan mak kan… mcm mana ringkas or simple pun masakan tu, kita tetap rasa sedap.. itu la kata orang air tangan mak….

Masa kat kampung, bulan ramadhan adalah masa yang indah. Mana tidaknya, kalau masak satu jenis masakan je tapi bila masa berbuka pelbagai juadah tersedia. Kat kampung masih ada tradisi bertukar-tukar juadah.. wah.. mmg best kan.. Macam-macam hidangan dapat dirasa. Sesungguhnya kami gembira menikmati juadah berbuka.

Masa zaman sekolah menengah, aku menikmati bulan puasa di asrama. Hmm.. pilu hati ni tiada siapa yang tahu kerana masing-masing cuba menunjukkan rasa gembira berbuka bersama teman-teman. Lima tahun menyaksikan suka-duka aku berpuasa di asrama bersama kawan-kawan. Paling perit adalah waktu sahur. Aku kena bangun pukul 3 pagi untuk bersahur.. Huhuhu… masing-masing muka macam ayam berak kapur bila mengadap makanan. Tak bersemangat langsung nak makan dengan makanan yang sememangnya kurang sedap berbanding masakan mak. Sesungguhnya itu adalah waktu paling pilu dan selera makan pun hilang. Tapi demi untuk berpuasa, aku telan jua makanan di dinihari. Itu belum kira tragedi makanan busuk yang dihidangkan pada kitaorang. Aku memang rasa pelik dengan bau makanan pada suatu pagi tu. Tapi aku abaikan jer sbb mungkin aku mamai di waktu pagi. Tetiba dapat pengumuman dari warden mengatakan ayam yang disediakan sudah busuk. Haduss.. ada ke diaorang ni tidak mengambil kira perasaan kitaorang nih.. Sampai hati makanan busuk dihidangkan. Pihak sekolah terus tamatkan kontrak penyediaan makanan diaorang. Hahaha… itu cerita zaman asrama..

Masa dah kat uni lak, aku time nih dah tak homesick la kan.. sbb dah biasa lima tahun duk jauh dr family.. So, just enjoy my uni time… pergi pasar ramadhan dengan kengkawan tapi aku selalu ala kadar je.. enjoy time ngan kengkawan je la… sahur pun ala kadar je… Masa kat uni ni… aku tak banyak kisah sangat…

Then, bila dah kawin kena la jadi isteri mithali kan.. bangun untuk sediakan sahur.. aduss… aku yg sememangnya suka tido memang kena ubah tabiat tu kan.. ooppss silap, bukan tabiat tapi hobi.. hehehe…

So, selamat berpuasa buat semua.. semoga Ramadhan ini lebih diberkati…Amin…….

No comments:

Post a Comment